background:#483521 url("")

Sunday, October 25, 2009

Pertandingan Battle of the Band DPA 1/2009

Kelab Live Band , Kelas Kebudayaan DPA 1/2009 dengan bangganya menganjurkan Pertandingan Battle of the Band DPA 1/2009. Maklumat pertandingan adalah seperti berikut:

Tarikh: 6 November 2009

Tempat: Dewan Serbaguna INTAN Bukit Kiara

Borang penyertaan boleh didapati disini

Friday, September 18, 2009

Flashback - Sehalus Tenunan Sentuhan Warisan

Tatkala melihat gambar-gambar dan video DPA, terlihat pula video ini. Video klip ini dihasilkan sewaktu menjalani modul protokol iaitu Sehalus Tenunan Sentuhan Warisan. Video klip ini berlatar belakangkan muzik Bagaikan Sakti.. Jalan cerita video ini adalah mengenai raja yang sedang tidur dan bermimpi menyanyi dan menari dengan 2 puteri gunung ledang..

Monday, September 14, 2009

mulanya di sini..

ahaks, sedar tak sedar dah nak masuk 4 bulan kita berkursus DPA ni. utk yg slalu menghitung hari, waaaaaaah ada lagi baki 3 bulan.

pepun sblm coretan diteruskan, meh kita review mcm mana memula kita ditakdirkan bersama sesidang A. setelah ku selongkar gambar2 lama, kita mulakan dulu dengan koleksi kenangan Le Tour de INTAN..siap berkain pelikat, berkain batik sambil tawaf satu INTAN BK. plg best part berlatih kawad utk persediaan nak gi Modul Tentera.cayaalah.psycho giler Sidang A nih. cuak mmg cuak..maklumla ramai yg takde basic kawad.nak plak dimomok oleh pelbagai cerita ttg modul tentera yg memerlukan tahap kecergasan fizikal dan ketahanan mental yg mantop gitew.
p/s: next posting is about "army module"





























Tuesday, September 1, 2009

Pilihanraya Kecil DPA Bil.1/2009 Sesi II

Pilihanraya kecil DPA Bil. 1/2009 Sesi II telah diadakan pada 30 Ogos 2009 di Dewan Serbaguna, INTAN Bukit Kiara. Pilihanraya yang diadakan bertujuan untuk memilih exco-exco baru di peringkat pusat bagi menggantikan exco-exco sesi I yang akan bersara.

Sebanyak 3 parti telah menyertai pilihanraya tersebut iaitu Parti Rebung, Parti Massa dan Parti Marhain.

Parti Massa telah memenangi pilihanraya tersebut dengan undi sebanyak 178 undi dan telah membentuk barisan exco di peringkat pusat.

Wakil Sidang A di peringkat pusat adalah En. Azharul Izwan dan En. Hazremi Hamid.

Friday, August 14, 2009

Modul CSR

Setelah menamatkan modul BTN di Ayer Keroh Country Resort, anak-anak Sidang A akan mengikut modul Corporate Social Responsibility (CSR) di hospital-hospital seluruh tanah air. Modul ini akan berlangsung dari 17-21 Ogos 2009. Diharapkan semua anak-anak sidang akan dapat mengikut modul ini dengan jayanya.

Berikut disertakan attachment Taklimat CSR kepada semua anak sidang :

Taklimat Modul CSR

Sunday, July 19, 2009

Sidang A Official Website

Laman web ini akan menjadi laman web rasmi Sidang A DPA 1/2009. Segala berita-berita, gambar, video dan berbagai lagi akan disiarkan menerusi laman web ini.

Diharap semua ahli sidang akan dapat memanfaatkan kewujudan laman web rasmi ini.
Sekian.

Wednesday, July 1, 2009

Barisan Pelakon Teater Puteri Gunung Ledang



Quddus

sebagai

Sultan Melaka










Zetty

sebagai

Puteri Gunung Ledang










Emmy

sebagai

Puteri Gunung Ledang









Hidzir

sebagai

Tun Mamat









Norden



sebagai

Laksamana Hang Tuah









Shaint

sebagai

Kulup













Bruce

sebagai

Jesse










Chip

sebagai

Jamil/ Jamilah












Amirul

sebagai

Tukang urut









Raze

sebagai

Pembesar Istana











Ibrahim

sebagai

Pembesar Istana









Kama

sebagai

Pembesar Istana










Ramizu

sebagai

Pembesar Istana









Faizal

sebagai

Pengawal Istana









Amiruzie

sebagai

Pengawal Istana









Zack

sebagai

Pengawal Istana







Tuesday, June 30, 2009

Lawatan ke Kompleks Kraftangan

Pada 26 Jun 2009, wakil anak Warisan Seni Sidang A telah mengadakan lawatan ke Kompleks Kraftangan, Kuala Lumpur bagi membuat sedikit kajian untuk lebih memahami songket dan menyediakan bahan untuk persembahan multimedia.

Pada jam 11.30 pagi, lawatan dimulakan di Kedai Karyaneka. Kami amat bertuah kerana pada hari tersebut terdapat penenun profesional membuat demonstrasi sempena lawatan deligasi "Public Games Malaysia-Singapore". Kami mendapat kerjasama penuh daripada pihak Karyaneka dalam membuat penggambaran video demonstrasi tenunan tersebut.

Proses Menenun Songket


Kemudian, lawatan diteruskan ke Muzium Kraft di mana mesin tenunan yang dipanggil "kek songket" ditempatkan di situ. Turut dipamerkan ialah sejarah tokoh-tokoh kraft dalam bidang tenunan songket.




"Mesin Kek Songket"


Setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Siti Khadijah dari Muzium Kraft kerana telah bekerjasama dan sudi berkongsi informasi dengan kami. Juga terima kasih kepada pihak Kompleks Kraft kerana dengan murah hati menyumbangkan buku-buku dan video berkenaan tenunan songket. Lawatan kami berakhir pada jam 2 petang.


Barangan buatan songket yang dipamerkan dan di jual di Karyaneka




























Antara tokoh-tokoh songket yang dipamerkan di Muzium Kraft

































-Laporan disediakan oleh zetty dan Fairul-

1 Julai 2009

Semakin hampir dengan hari kejadian, Anak Warisan Seni Sidang A semakin sibuk membuat persiapan. Promosi dijalankan dengan lebih giat dengan memasang banner, banting, dan melekat poster-poster di sekitar INTAN.






Selain itu, utusan Sidang A dihantar dari sidang ke sidang bagi membacakan dan menyampaikan kad jemputan. Kad istimewa juga telah diedarkan kepada tetamu-tetamu jemputan.





Rombongan Utusan Sidang A

Acara membaca perutusan

Poster Sehalus Tenunan disampaikan kepada Mak Sidang C

Kad jemputan disampaikan kepada Tok Sidang B



Pada tepat jam 8.00 malam, "serangan sms" dilakukan kepada semua peserta Kursus DPA Bil. 1/2009...



"Jom saksikan

Sehalus Tenunan Sentuhan Warisan

anjuran Sidang A

pada 3 Julai 2009, 7.45 malam di DSG.

Sila layari www.sehalustenunan.co.cc"


Sementara itu, krew-krew pentas, pentadbiran dan persembahan bekerja keras demi memberikan Majlis dan persembahan terbaik pada malam kejadian.








Kerja video editing sedang dijalankan


Kehangatan semakin terasa... pasti para penonton tidak sabar-sabar lagi menantikan kemunculan Anak Warisan Seni Sidang A pada Malam Sehalus Tenunan Sentuhan Warisan...

Monday, June 29, 2009

29 Jun 2009 (Isnin)

Seperti biasa, latihan dimulakan pada jam 11.00 malam setelah kembali ke INTENGAH. Latihan berakhir pada jam hampir 2.00 pagi. Walaupun keletihan, Anak Warisan Seni Sidang A tetap bersemangat dan memberikan komitmen terbaik bagi menjayakan maljis yang bakal dianjurkan kelak.

30 Jun 2009 (Selasa)




Satu lagi penanda buku telah diedarkan kepada seluruh Warga INTAN. Promosi kali ini bertujuan mempromosikan laman web khas yang telah dibangunkan sempena majlis yang bakal dianjurkan oleh Anak Warisan Seni Sidang A.




Di samping itu, kehangatan makin terasa apabila poster-poster mulai terpampang di seluruh INTAN.




Majlis semakin hampir... nantikannya....

28 Jun 2009 (Ahad)




Anak Warisan Seni Sidang A pulang ke INTENGAH lebih awal daripada biasa bagi menjalani sesi latihan. Latihan tarian telah dijalankan dan casting dijalankan bagi memilih pelakon bagi watak-watak utama.




Berikut merupakan gambar-gambar Anak Warisan Seni Sidang A yang sedang menerima tunjuk ajar daripada jurulatih profesional.










Di samping itu, Anak Warisan Seni yang menjalankan tugas-tugas pentadbiran juga sibuk menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi menyempurnakan persediaan majlis.






26 Jun 2009 (Jumaat)

Pertemuan Anak Warisan Seni Sidang A dengan jurulatih telah diadakan pada jam 11.00 malam di INTENGAH bagi membincangkan jalan cerita teater yang bakal dipersembahkan. Pemilihan penari dilakukan dan beberapa orang yang sesuai memegang watak yang diwujudkan telah dikenal pasti untuk final casting. Selain daripada itu, jalan cerita bagi video klip juga turut dibincangkan.




Abang Khalid sedang menerangkan jalan cerita sambil diperhatikan oleh jurulatih lain

25 Jun 2009 (Khamis)

PAGI


Sebaik sahaja keputusan dibuat dan Sehalus Tenunan Sentuhan Warisan dipilih sebagai majlis yang akan dianjurkan, Biro Publisiti memulakan rangka promosi pertama dengan mengedarkan penanda buku kepada semua PPK, PP dan peserta-peserta Kursus DPA 1/2009. Tujuan penanda buku diedarkan adalah untuk promosi awal bahawa Sidang A akan menganjurkan majlis tidak lama lagi.



Penanda buku yang diedarkan








PETANG


Jurulatih yang dijemput khas dari Istana Budaya telah hadir untuk sesi perkenalan. Kami didedahkan dengan latihan awal iaitu latihan pernafasan dan asas vokal.


Anak Warisan Sidang A mendengar taklimat daripada jurulatih



Sesi latihan Asas



Latihan Pernafasan



Senaman Lidah



MALAM


Sesi latihan disambung pada sebelah malam dengan teater games. Tujuan permainan ini adalah untuk mencungkil bakat terpendam di kalangan Anak Warisan Seni Sidang A, juga sebagai pre-casting sebelum peneraju watak-watak dalam teater dipilih.


Latihan di basement parking INTENGAH



Teater game: silent killer



Teater Game : Cowboy


Kita berlakon pulak...




Barisan Jurulatih profesional