background:#483521 url("")

Tuesday, June 30, 2009

Lawatan ke Kompleks Kraftangan

Pada 26 Jun 2009, wakil anak Warisan Seni Sidang A telah mengadakan lawatan ke Kompleks Kraftangan, Kuala Lumpur bagi membuat sedikit kajian untuk lebih memahami songket dan menyediakan bahan untuk persembahan multimedia.

Pada jam 11.30 pagi, lawatan dimulakan di Kedai Karyaneka. Kami amat bertuah kerana pada hari tersebut terdapat penenun profesional membuat demonstrasi sempena lawatan deligasi "Public Games Malaysia-Singapore". Kami mendapat kerjasama penuh daripada pihak Karyaneka dalam membuat penggambaran video demonstrasi tenunan tersebut.

Proses Menenun Songket


Kemudian, lawatan diteruskan ke Muzium Kraft di mana mesin tenunan yang dipanggil "kek songket" ditempatkan di situ. Turut dipamerkan ialah sejarah tokoh-tokoh kraft dalam bidang tenunan songket.




"Mesin Kek Songket"


Setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Siti Khadijah dari Muzium Kraft kerana telah bekerjasama dan sudi berkongsi informasi dengan kami. Juga terima kasih kepada pihak Kompleks Kraft kerana dengan murah hati menyumbangkan buku-buku dan video berkenaan tenunan songket. Lawatan kami berakhir pada jam 2 petang.


Barangan buatan songket yang dipamerkan dan di jual di Karyaneka




























Antara tokoh-tokoh songket yang dipamerkan di Muzium Kraft

































-Laporan disediakan oleh zetty dan Fairul-

1 Julai 2009

Semakin hampir dengan hari kejadian, Anak Warisan Seni Sidang A semakin sibuk membuat persiapan. Promosi dijalankan dengan lebih giat dengan memasang banner, banting, dan melekat poster-poster di sekitar INTAN.






Selain itu, utusan Sidang A dihantar dari sidang ke sidang bagi membacakan dan menyampaikan kad jemputan. Kad istimewa juga telah diedarkan kepada tetamu-tetamu jemputan.





Rombongan Utusan Sidang A

Acara membaca perutusan

Poster Sehalus Tenunan disampaikan kepada Mak Sidang C

Kad jemputan disampaikan kepada Tok Sidang B



Pada tepat jam 8.00 malam, "serangan sms" dilakukan kepada semua peserta Kursus DPA Bil. 1/2009...



"Jom saksikan

Sehalus Tenunan Sentuhan Warisan

anjuran Sidang A

pada 3 Julai 2009, 7.45 malam di DSG.

Sila layari www.sehalustenunan.co.cc"


Sementara itu, krew-krew pentas, pentadbiran dan persembahan bekerja keras demi memberikan Majlis dan persembahan terbaik pada malam kejadian.








Kerja video editing sedang dijalankan


Kehangatan semakin terasa... pasti para penonton tidak sabar-sabar lagi menantikan kemunculan Anak Warisan Seni Sidang A pada Malam Sehalus Tenunan Sentuhan Warisan...

Monday, June 29, 2009

29 Jun 2009 (Isnin)

Seperti biasa, latihan dimulakan pada jam 11.00 malam setelah kembali ke INTENGAH. Latihan berakhir pada jam hampir 2.00 pagi. Walaupun keletihan, Anak Warisan Seni Sidang A tetap bersemangat dan memberikan komitmen terbaik bagi menjayakan maljis yang bakal dianjurkan kelak.

30 Jun 2009 (Selasa)




Satu lagi penanda buku telah diedarkan kepada seluruh Warga INTAN. Promosi kali ini bertujuan mempromosikan laman web khas yang telah dibangunkan sempena majlis yang bakal dianjurkan oleh Anak Warisan Seni Sidang A.




Di samping itu, kehangatan makin terasa apabila poster-poster mulai terpampang di seluruh INTAN.




Majlis semakin hampir... nantikannya....

28 Jun 2009 (Ahad)




Anak Warisan Seni Sidang A pulang ke INTENGAH lebih awal daripada biasa bagi menjalani sesi latihan. Latihan tarian telah dijalankan dan casting dijalankan bagi memilih pelakon bagi watak-watak utama.




Berikut merupakan gambar-gambar Anak Warisan Seni Sidang A yang sedang menerima tunjuk ajar daripada jurulatih profesional.










Di samping itu, Anak Warisan Seni yang menjalankan tugas-tugas pentadbiran juga sibuk menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi menyempurnakan persediaan majlis.






26 Jun 2009 (Jumaat)

Pertemuan Anak Warisan Seni Sidang A dengan jurulatih telah diadakan pada jam 11.00 malam di INTENGAH bagi membincangkan jalan cerita teater yang bakal dipersembahkan. Pemilihan penari dilakukan dan beberapa orang yang sesuai memegang watak yang diwujudkan telah dikenal pasti untuk final casting. Selain daripada itu, jalan cerita bagi video klip juga turut dibincangkan.




Abang Khalid sedang menerangkan jalan cerita sambil diperhatikan oleh jurulatih lain

25 Jun 2009 (Khamis)

PAGI


Sebaik sahaja keputusan dibuat dan Sehalus Tenunan Sentuhan Warisan dipilih sebagai majlis yang akan dianjurkan, Biro Publisiti memulakan rangka promosi pertama dengan mengedarkan penanda buku kepada semua PPK, PP dan peserta-peserta Kursus DPA 1/2009. Tujuan penanda buku diedarkan adalah untuk promosi awal bahawa Sidang A akan menganjurkan majlis tidak lama lagi.



Penanda buku yang diedarkan








PETANG


Jurulatih yang dijemput khas dari Istana Budaya telah hadir untuk sesi perkenalan. Kami didedahkan dengan latihan awal iaitu latihan pernafasan dan asas vokal.


Anak Warisan Sidang A mendengar taklimat daripada jurulatih



Sesi latihan Asas



Latihan Pernafasan



Senaman Lidah



MALAM


Sesi latihan disambung pada sebelah malam dengan teater games. Tujuan permainan ini adalah untuk mencungkil bakat terpendam di kalangan Anak Warisan Seni Sidang A, juga sebagai pre-casting sebelum peneraju watak-watak dalam teater dipilih.


Latihan di basement parking INTENGAH



Teater game: silent killer



Teater Game : Cowboy


Kita berlakon pulak...




Barisan Jurulatih profesional

Sunday, June 28, 2009

Sejarah Songket


Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun tangan, dan mempunyai corak rumit benang emas atau perak. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak.

Dari segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Ia telah terkenal di Malaysia dan Indonesia sejak abad ke-13 yang lampau.

Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.

Sejarah dari mana datangnya kain songket itu tidak dapat dipastikan dengan tepat, namun dan asal usul perkataan songket dikatakan berasal daripada ‘menyungkit’ kerana dalam bahasa Siam ‘kek’ membawa erti menyungkit selain ‘songkok’ (China) membawa maksud yang sama.

Mengikut Robyn Maxwell (1990), pengetahuan orang Melayu mengenai teknik songket mungkin diambil daripada orang Cina yang memperkenalkan bahan logam tetapi kehadiran budaya dari Timur Tengah , Parsi , Turki dan Moghul (India) telah memperkukuhkan lagi penghasilannya.

Tidak banyak diketahui mengenai asal songket, tetapi kemungkinannya penenunan songket berkembang di Malaysia melalui perkahwinan antara keluarga di raja, yang merupakan strategi penyatuan biasa sekitar abad ke-15.

Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fabrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial di kalangan bangsawan Melayu.


Friday, June 26, 2009

Modul Protokol & Pengurusan Majlis

Sehalus Tenunan Sentuhan Warisan
Sidang A
Tarikh: 3 Julai 2009 (Jumaat)
Waktu: 8 malam
Tempat: Dewan Serbaguna, INTAN Bukit Kiara

Nantikan kemunculannya....